Latest Entries »

huh…. lama betul tak main tengah2 panas ni… Ni le cuaca di Kedah kini.  Dalam kejohanan kali ini.. , team IDPTeam1(aku dan pak amir) berada dalam kumpulan 4 drpd kumpulan 25.. kalau tak silap aku. Gementar pun ade… segan pun ada(hahahaha) . Ye le.. semua star2…blake.  Lawan pertama aku, aku berjumpa dengan team dari KK3( Kuala Kangsar ), ayahnya si wan perak daaa… aduyai.. Tapi game tu nak badlah.. walaupun kalah.. Next game aku lawan JKR Kuala Selangor… Team aku menang… Pointer aku ngan shooting aku jadi huhu..

Game terakhir….mesti menang untuk pusingan kedua. Tapi.. kali ni.. aku dapat padang yang teruk( bukan aku sorang je yang complain.. tapi star2 pun complain…maa). Lawan dr team perlis. Tapi kalah….jugak. Maybe nexttime …. ill try it again…🙂

sekurang – kurangnya… fikiran dan hatiku ini lari seketika dari memikirkan si dia….

aku masih strugle  dengan hati ini…

Training…. training

Hari ini .. aku training.. lagi untuk tajamkan ‘shoting ‘ aku. Tengah ari tadi .. sempat aku mintak ilmu dari start petanque malaysia, siapa lagi kalau bukan si wan perak . Alhamdulillah .. adik aku ni sorang memang tak kedekut ilmu.. Banyak yang diberi tunjuk ajar dan pandangan .. Em tu lah yang dinamakan pengalaman bermain di peringkat kebangsaan dan dunia.Tq Wan.

Apa lagi.. petang tadi aku terus pratikkan .. Alhamdulillah.. banyak perubahan .. dan kedudukan tubuh ketika baling.. em, ‘shooting ‘ aku banyak jadi.. Em esok .. cube lagi. Ni training untuk Open Kedah 7-8 ni.. all d best bro ..

Sabtu ngan ahad(30.04 – 01.05) ada pemilihan SUKMA untuk acara petanque. Pemilihan berlaku di gelanggang balok, balok. Aku datang sebagai penonton dan juga melihat skil2 bebudak yang masuk dalam pemilihan tu. Perh memang bebudak ni.. skil tinggi. Selain tu aku datang jumpe kekawan lama..

Pemilihan petanque memang memenatkan . Yelah bukan senang nak mewakili negeri…kan. Pepepun.. syabas yang mana layak mewakili pahang. Tahniah.. buat yang terbaik.

Huh… aku masih mencari semangat untuk melakukan .. kerja – kerjaku dengan baik. Masalah slip disk aku .. masih dalam proses urutan dan berubat. Bile membabitkan urat saraf ni.., banyak menggangu kerja. Hanya penumpuan shj yang mampu membuang rasa2 sakit yang menimpa.  Masalah ankle kaki aku.. masih juga dalam penyembuhan… Tapi, aku redha.. kerana banyak dugaan yang tuhan bagi kepada aku. Alhamdulillah.. makna aku ‘diperhatikan’ .

Dengan masalah kesihatan ini… luka kecewaku belum sembuh ..dan masih mencari ketenangan dan kekuatan. Walau bagaimanapun masalah yang dihadapi.. hadirkanlah sebuah senyuman.. dalam mengharungi..kehidupan. Kekadang, tak terlari dari keadaan dimana aku banyak diam .. dan serious..🙂 Well itulah aku ….hambaNYA yang lemah.

Insyallah… , Yakinlah dengan IA.. yang hanya DIA sahaja yang maha mengetahui segala – segalanya.. kerana apa yang berlaku.. sememangnya..dalam PenguasaanNYA.. Kita sebagai hamba.. laluilah ia dengan redha, tabah dan merendah diri…

Ya Allah.. berilah aku kekuatan .. dalam menghadapi segala dugaan dari MU..

Alhamdulillah…. Aku masih terpilih untuk mewakili Pahang .. dalam kejohanan ini. Sekurang – kurangnya.. aku tidak memikirkan  permasalah aku kini. ( Sepatutnya aku tolak , kerana hati dan fikiranku.. tidak dapat memberi tumpuan dan kosentrasi pada game) Aku kalah dengan mudah. Rakan2 senegeri dan lain.. terkejut kerana .. permainan aku .. bukan macam permainan aku.. AKu kecewa yang sebenarnya dengan pemainan aku ini.. Tapi .. aku tak mampu.. ..:-)

Tapi bersyukur kerana.. rakan sepasukan merangkul gelaran single dan double.. Pahang still d best..

………

Kenapa aku selalu kecewa .. kenapa aku selalu diuji dengan hati yang begini.. kenapa semua ini selalu berlaku kepadaku.. Ini adalah rasa hati yang lara.. dan dikecewakan…. persoalan yang timbul ini .. membuatkan kita tak redha dengan dugaan yang diberikan olehNYA kepada kita..

Tapi aku hanyalah hambaNYA…. yang dikurniakan hati.. dan perasaan..Kecewa aku kini lebih sengsara.. aku alami. Sememangnya aku pernah dikecewakan.. Tapi kali ini .. amat berat bagi aku.. kerana hati terlalu kasih dan ikhlas.. terhadapnya… Ianya datang bagaikan satu harapan pada aku.. satu kebahagian dan kecerian pada aku.. aku sungguh bahagian dan tenang .. Tapi iainya satu tamparan besar pada aku.. Aku ikhlas.. KAU sentiasa menduga aku.. YA ALLAH.

Perasaan itu kuat.. Tapi.. punyai dugaan terhebat. Terkubur sahaja kasih sayang itu begitu sahaja.. Aku fahami perasaan dan tanggungjawabnya.. dan aku hormati. Walaupun hati .. begitu terluka .. dan perit… Aku perlu bersabar … itu saja yang aku mampu lakukan…Setiap doa ku.. untuk menjauhkan hati ni.. makin kuat dan membuak – buak kasih aku padanya..

Biarlah apa yang orang nak berkata – kata pada aku.. Kita mempunyai hati dan perasaan masing2.. dan hanya aku yang memahami perasaan aku.. Ya ALLAH, berilah aku kekuatan .. sepertimana .. kekuatan yang KAU berikan kepadaku dalam aku menghadapai .. dugaan – dugaanku sebelum – sebelum ini.. insyallah.. Kalau jodohku kuat dengannya.. adalah jodohku.. kerana Tiada Daya dan Kuasa untuk Aku Menghalang ApaYang Telah ENGKAU Tetapkan.. dalam perjalanan hidupku ini..

Ye aku.. masih merindui dan menyayangi dirimu..

Bila dah masuk tempat baru ni.. banyaklah pembahagian kerja di agihkan kepada aku. JT di tempat baru aku ini.. ade 2 orang… Abg Hamzah dan Jai. Jai ni group mula2 aku masuk kerja di SUK dan teman bujang aku .. kira kenal sangatlah.. Bro Mezah ni.. kenal jugak .. tapi sejak dia jadi JT ni .. baru aku kenal rapat dengan dia. Alhamdulillah.. aku mempunyai rakan yang hebat dalam bidang masing.. punyai kreativiti dan kemahiran serta kerjasama yang kuat. Beryukur aku.

Dan yang paling sempoi.. kitaorang ni dibwh .. bekas pegawai aku semasa di SUK dulu.. hehehe Kak K.. otai lama gak ni. hehehe. Banyak jugaklah .. pembahagian tugas. Server .. Stok .. Design .. dan sebagainya.. huhu.. Bermulalah .. tugas koi..di unit teknologi maklumat JBA..

Do it well bro..🙂

Bersyukur aku … kali ini terpilih lagi untuk mewakili Pahang dalam acara Petanque.  Dan alhamdulilah .. aku merangkul 2 emas untuk single dan triple . Yang penting Petanque menyumbang 10 Pingat untuk Pahang. 5 Emas , 3 Perak dan 2 Gangsa.. Syabas utk team petanque Pahang… Tahniah

Assalamualaikum..

huh.. sungguh lama aku tak update blog aku ni. Lama sungguh rasanya. Em ape nak buat .. banyak lak kerja – kerja lain. 🙂 . Aku kini di Jabatan Bekalan Air Pahang bermula awal puasa iaitu bulan 8 tahun lepas. Ni yang pasal pertukaran jabatan baru setelah lama aku di SUK pahang.

Aku bertuah jugak.. sebab bertukar di jabatan yang baru berpindah ke bangunan baru di tepi highway.Serba serbi baru. Kawan2 pun baru. Ada juga yang kawan2 lama.. tapi kebanyakkannya semuanya orang baru . Tapi dimana sahaja kita diletakkan…insyallah kita hidupkan keadaan itu barulah iainya lebih ceria dan seronok untuk bekerja,  tambahan plak kalau keadaan semasa sememangnya seronok..🙂

7  tahun aku di SUK . Em terlalu banyak kenangan aku disana. Disanalah tempat aku mula2 melaporkan diri, mula bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan tempat menimba pengalaman sebagai Juruteknik Komputer. Maklumlah skim aku masa mula2 masuk aritu 2003 adalah baru, jadi banyaklah perkara – perkara yang perlu di perhatikan dan di tambahbaikkan . Unit Pengurusan Teknologi Maklumat atau kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat… Tempat yang akan menjadi satu kenangan indah bagi aku. Aku mempunyai rakan2 , teman2 dan banyak jugak mok2 ngan ibu2 (hehehehe) yang seronok bekerja. Aku suka akan keserasian dan keakraban sebagai satu unit. Huh.. susah untuk aku luahkan.  Banyak yang aku pelajari dan banyak emosi disitu.. :-)( tiada kata -kata,hanyalah senyuman yang aku mampu ..:-) )

Harapanku hanya… agar BTM kekal mesra dan ukhwah seperti dulu..Terima kasih Warga BTM … di atas pengalaman dan segala kebahagian dan kemesraan yang ku terima disepanjang aku di sana.. Terima Kasih.

Kini JBA .. menjadi tempat kerjaku yang baru. Aku berharap agar aku seronok dan ceria kerja di jabatan baru ni.. insyallah …Aku juga berharap, banyak kenangan dan inovasi bagi menaikkan JBA ini.. all d best for me..🙂

welcome 2010

Sedar tak sedar ..dah masuk Tahun 2010. Lama pulak tu, aku dah lama tak update blog aku ni..hehehe.. banyak keje lain ah nak buat. Tahun 2009 tahun banyak dugaan bagi aku. Sebenarnya, start tahun 2008 lagi dah tuhan duga. Alhamdulilah . Aku terima seadanya. Nanti kalau dah tak mampu tak tahu ah nak katakan ..🙂. AKu dapat tahu .. tahun lepas bulan april kalau tak silap aku, Aku ke APSH(Ampang Putri Speacilist Hospital) untuk jumpe Dok Wahab( Dok yg Rawat Kaki Aku) sebab aku rasa pening macam nak pitam dan darah tinggi aku naik. So Dok mintak aku buat MRI pada leher aku, dan ternyata disk c4 dn c5 aku terkeluar skit.

Yang menarik pasal tulang belakang kita ni walau pun ianya fleksibel tapi setiap tulang tu ada penyambungnya. Ianya di panggil ‘DISK” . DISK ni bagaikan belon. Apabila kita memberi tekanan ..ianya pasti terpenjong ke tepi atau ke depan. Jadi aku study skit pasal SPINE  CORE ni dan macamner blh menyebabkan SLIP DISK. So dari penerangan DOK ngan bacaan rujukkan aku, benda ni sememangnya macam jel keras, tapi DISK ni tak semudah nak terkeluar dari tempatnya. So, daripada tekanan yang kuat dan juga kedudukan statik . So aku rasa dari kerja harian aku yang kalau menghadap komputer dan sedor 4-5 jam, nak2 kalau tengah buat design, dan mungkin masa aku exsiden ari tu kot(entah, ah bersabit je tu.. dah tuhan nak duga apa daa.)

Dan bukan semua SLIP DISK  yang terkeluar mengganggu saraf seseorang. Mcm Dok aku sendiri.. dia lagi teruk SLIP DISK dari aku..tapi disk tu tak mengena pada saraf2 dia. SO kebetulan yang aku ni walaupun terkeluar sedikit, tapi sudah cukup untuk menganggu urat saraf2 aku. Kekadang aku rasa kebas tangan kanan dan muka. So start dari ari tu aku di ajar buat fisiotrapi untuk mengurangkan rasa tak selesa ni. Kedudukan badan, cara tunduk dan pusing kepala aku kene beringat, jangan sampai tersalah pusing( kekadang tak tersedar sebab pergerakan kitekan spontan) ..terus tangkap. Tapi sejak akhir tahun lepas, kalau aku tersalah duduk.. aku akan rasa cepat kebas dan kekadang beserabut di kepala. Payah nak tido pun dah biasa dah sekarang ni. Macam sekarang ni kul 4 pagi tak tido lagi hehehe.

Aku rujuk semula pada DOK. Dia cadangkan aku buat APIDUREL (macam pain killer ah) untuk membantu ketidakselesaan yang aku rasa. Aku kalau boleh taknak,  sebab taknak bergantung pada DADAH ni. Nanti kite jugak yang mudarat. Dan nk dijadikan cerita, Puan Mariam (X bos pejabat aku)datang ngan anak buah dia. So dah lama tak jumpe, kuor minum air( Sebab Puan Mariam mintak aku hantar dia naik Kapal Terbang huhu), sembang2 rupa2nya anak buah dia tu pernah kena SLIP DISK pinggang. Dia buat Rawatan dengan menggunakan kaedah CHIROPRATIC, iaitu kaedah urat membetulkan kedudukan tulang belakang dan leher. So Minggu lepas aku pi lah kan, ushar2. Tempat dia kat Bandar Utama CentrePoint kat Bandar Utama Damansara. Em selepas buat appoitment dan jumpe DOK sane, terus aku kene buat x-ray. Dan pada masa sama dia buat urut lembut di leher aku. Em.. not bad, selasa ah jugak masa tu. Tapi masalahnya urutan ni kena selalu. Macam yang di cadangkan 2 kali seminggu ..perh mak aih nak naik KL seminggu 2 kali botak kepala beb. Tu tak termasuk kos dia lagi ..perh..Tawakal jelah. So this coming 25 Febuary, aku attend utk fully treament berpandukan x-ray aku.

Huhu hopefully ini akan dapat membantu aku dalam menangani SLIP DISK aku ni. Sebab kalau tak membantu aku jugak, aku mungkin kene operation 1 iaitu DOK akan kebaskan saraf2 yang terkene DISK tu. Dan kalau masih menggangu jugak, aku mungkin kene buat operation 2 iaitu ganti DISK tiruan.HUH!!!. Aku redha YA ALLAH.🙂. Sejak kene ni, pretasi keje aku agak menurun. Emm nak buat camner..sabau jelah . Orang nampak kite sihat tapi .. emm🙂 yang melawannya kita ..so takder hal lah.. selagi aku terdaya.  U R A Figther ..Bro..