11 April 1980 .. hari jumaat tengah ari aku dilahirkan di Hospital Besar Terengganu. Itulah Ummi aku cakap kat aku apabile aku tanya bile aku dilahirkan. Em kalau tak silap, family aku tinggal di flat Bukit Kecil, Terengganu. Di situlah .. juga ada ‘mamaku’ ibu angkat kepada Ummi aku. Tak lama lepas itu, family aku pindah di Jalan Budiman, jalan bersetentangan ngan Istana Negeri. Ummi aku bekerja dengan KETENGAH dan abah aku kerja ngan PETRONAS. Rasa aku lama jugaklah kiteorang tggl kat situ. Di situ aku dijaga oleh orang yang aku panggil tok dan tokwan, bersebelahan rumah sewaku.(Entah ape citer diorang sekarang ni, dah lama lost contact). Sepanjang aku tggl disini.. Tokwan aku dari kemaman datang beberapa kali menjenguk cucu kesayangan dia ni hehehehe.. Kekadang familyku pergi ke Kemaman . Hampir umur aku masuk 3 tahun .. barulah family aku pindah ke Kemaman dimana tempat tinggal keluargaku sampai sekarang .(Sebelum Abah aku dapat naik pangkat bertukar di Gurun,Kedah Disember 2004)
Di kemaman, abah aku telah membeli sebuah rumah di Taman Sri Pauh berhampiran ngan rumah Tokwan aku Kg Gong Pauh. Pada masa ini Ummi aku dah dapat keje di PETRONAS sebagai kerani. So bile parent aku pergi kerja.. aku di jaga oleh Tokwan aku. Biasalah cucu sulongkan…. ehhehe manja lebih skit ah. Umur aku 6 tahun, aku masuk tadika. Bile umur aku masuk 7 tahun aku masuk Sek. Ren. Sultan Ismail, kg. Gong Limau. Aku bersekolah di sini dari darjah 1 sehingga darjah 5. Pelbagai perkara aku belajar di sini.Bertemu kawan2 baikku (sampai sekarang ) dan pengalaman yang berharga. Masuk darjah 6 aku berpindah ke Sek Rantau PETRONAS(SRP), Kerteh. Di sinilah bermulanya pelbagai perkara yang menarik sepanjang aku bergelar pelajar sekolah.
Perkara pertama aku alami adalah pengalaman berlajar naik bus lompat. Rumah aku di kemaman nak sampai ke sekolah aku di kerteh mengambil masa 30 minit… jauh tu. So biasa ah.. bile tak biasa.. nak biasakan diri tu ambik masa sikit ah nak belajarkan. Hehehe .. first time aku kene balik ngan bus..aku tertinggal bus.. sebab salah budget waktu hehahaha. Ape lagi.. aku contact ah abah aku mintak tolong ambik aku kat sekolah ni. Perh malam tu cukup marah abah aku kat aku. Diam aku tak terkata ape. Tu last dan terakhir (lupa dah rasanya takder dah kot hehehe) aku tertinggal bus. Sejak aku bersekolah di sini, aku berdisiplin sikit. Biasa ah bangun pagi, ikut waktu, dsbnya. Lepas UPSR, aku masih di SRP. Masuk Sesi Sekolah Menengah aku lebih matang dari segi mengurus diri sendiri dan kemahiran. Kalau korang ingat dulu ada Kemahiran Hidup. Aku suka sangat subjek ni. Banyak buat pertukangan. Selain itu aku sememangnya aktif dalam Pengakap. Paling aku tak boleh lupa tahun 1994 aku mewakili Malaysia ke Jambori di Thailand. Masa itu aku hanya Quater Master(QM) Pengakap Muda sebelum menjadi Ketua Pengakap Muda SRP.Masa di Thailand banyak bende aku belajar dan temui. Memang besar kuasa Allah. Banyak aku pelajari.
Tahun 1995 – 1996 tahun aku yang aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum. Mewakili Sek bagi acara Catur. Mewakili Sekolah dalam acara Petaque, di mana aku dihamparkan apabila kalah tipis ngan Sek Sultan Mahmud(SESMA) pada peringkat kumpulan. Perh kalu menang wakil malaysia bermain di Singapura. Acara padang lontar peluru. Aku juga mewakili Sek, Daerah dan Negeri dalam acara Kayak yang berlangsung di Regeta96, Kenyir. Juga aktif dalam English socaity. Sebagai Pelakon dan Penari . hehehehe kalau suruh nari mungkin ade skit2lah kot hehehe. Masuk je tahun 1997(SPM), Pengetua melarang semua pelajar SPM tak boleh aktif dalam apa2 program sekolah dan sebagainya. Hah ni yang buat aku ngan kekawan aku bengang gile. Antara yang aku masih ingat, Skuad Hoki sekolah layak dan boleh mewakili Daerah dan Layar untuk mewakili terengganu. Tapi semuanya musnah sebab pengetua tak bagi aper daaa. Aku lak bengang pasal tak dapat pergi Jambori di Terengganu. Tempat sendiri tu .. takleh g, bengang tullah masa tu.Tapi terubat skit .. sebab aku dilantik dan dipilih menjadi Pegawas. So aku banyak buat kerja2 sosial dan pendidikan. Banyak menghadiri program2 sekolah yang aturkan.
Sebenarnya kalau nak ikutkan .. perjalanan cerita masa zaman berlajar .. tak muat nak aku ceritakan… banyak sangat. Pergaduhan, Komplot(ehhehe bebudak nakal ), bercinta..(Cinta!!! ahhaha) Tapi apa yang boleh aku katerkan .. aku seronok berlajar di SRP ni.. Seronok betul. Satu pengalaman yang menyenangkan . Sebab aku ni bukan jenis budak yang bermasalah pada cikgu dan mak abah aku .. heheh ye kot heheh. Lepas SPM .. biasalah.. isi pelbagai boranglah nak masuk U kan hehe. Sambil tunggu dapat masuk maner2 U, aku ngan kekewan baik aku ni… berlima mulakan bisnes jual burger.Redha,Basri(Black), Badol, Padil dan aku. Lama gaklah kat 3 bulan lebih. Dan paling membanggakan .. kerana group aku yang mulakan perniagaan di situ .. maka makin ramai orang start berniaga kat situ . Dah jadi macam food court rasanya. Perh bangga siot.Alhamdulilah .. kesemua kekawan aku dapat masuk pusat pengajian .. dimana aku yang last masuk ke IPTA. Alhamdulilah gaklah. Mula2 aku dapat AIM(Akedimik Info-tech Mara) di KL. Pastu Last2 minit aku dapat kat POLISAS, Kuantan, Dimana satu peristiwa , pengalaman dan dugaan terbesar aku. sambung lain kali lak…ngantuk ah
