17 Mei 1999 ….Suatu tarikh yang akan tercatit dalam kamus kehidupanku selama -lamanya.
Ketika itu aku baru berumur 19 tahun dan sedang menuntut di POLISAS. Hari – hari sebelum tarikh ini tiada apa – apa bagi ku…macam biasa sahaja. Tiada apa yang pelik. Kebiasaannya kawan ku Macuddin akan tumpang ngan aku untuk balik ke rumah sewa di Semambu Baru. Selepas kelas elektronik kalau tak silap aku, aku ajak Macuddin balik..’takpo lah demo kelik dululah .. kawe raso nok wak kejo skek..’ kate Macuddin dkt aku tgh ari tu. So aku lajaklah balik …sorang2. Sebelum sampai rumah, aku singgah makan dkt belakang kedai Natam. Dah selesai .. aku terus ke rumah sewa yang selalu aku lepak kalau balik dari kelas tengah ari( rumah sewa aku di Jalan Air putih). Aku lepak ngan kekawan aku.. bob azre, pijoe, yani, man, fazri, aswad, Lie kedah dan ada lagi 2-3 orang .. aku tak berapa ingat . Tgh ari tu macam2 lawak bebudak nie…hahaha.. Kul 2 tgh ari nanti ada kelas pendawaian elektrik kat bengkel. Jadi aku lepaklah lagi.. sedar2 aku yang last baru nak sembahyang Zuhor. Bebudak nie hampeh tullah .. tinggalkan aku sorang2 . Lepas sembahyang, aku bergegas ke POLI. Tak aku sangka rupanya dugaan besar akan hadir dalam diari kehidupanku. Biasalahkan bile dah lambat ..mesti bawak laju skit. Tapi betul aku cakap ..aku bawak dalam 90km/j shj. Di selekoh depan nak masuk ke Toyota Pusat services tu lah area berlakunya kemalangan yang hampir2 meragut nyawaku.
Aku memotong setelah kereta yang aku nak potong tu bagi ruang untuk aku memotongnya. Tapi yang berhadapan dengan aku adalah sebuah lori kontena …besar . Kebiasaannya …lori apabila sampai di selekoh dia akan mengambil ruang kerana ekornya yang panjang. Jadi lori tersebut telah mengambil ruang dalam ..di mana aku sedang memotong… berlakulah perlanggaran aku depan sama depan ngan lori tadi. Na’ uzubillah .. Tuhan masih memelihara aku. Aku langgar bumper besi lori tersebut. Aku masih ingat .. aku melambung tinggi di udara.. dan aku jatuh belakang aku dulu. Nasib baik aku sandang beg untuk ke Kelas. Jadi ia menampung hentakan sedikit. Setelah aku tenteramkan diri aku .. mula2 aku tengok kedua2 kaki aku ..terpulas.. dan masa tu ..Ya Allah banyaknya darah keluar dari kedua- dua belah kaki aku ni.. ‘Ya Allah .. apa dah jadi ngan aku nie.. ‘ itulah ayat yang terkeluar dari mulut aku .. masa tu.. Mata aku mula kabur.. Mataku celik tapi .. tak berapa nampak mungkin di sebabkan darah aku yang macam paip air bocor. Tapi aku masih ingat orang2 yang angkat aku ke tepi, walaupun aku tak nampak .. tapi aku dapat dengar suara2 mereka. Cikgu English aku, uztad Ya , uztad Muhidin dan kawan lama abah aku.. ( dia tak perasan langsung masa angkat aku) . Mata aku masih celik tapi.. aku dah tak nampak apa2 lagi dah ..
Dan tak berapa lama selepas tu.. Aku di angkat masuk ke dalam Land Rover JHEOA . Alhamdulilah .. aku dapat melihat kembali dan yang ada dalam Land Rover tu .. akak sarat mengandung dan mungkin suaminya disebelah. Tiba di bahagian kecemasan .. Pakaian aku terus di tanggalkan dan digunting, telanjang bulat aku di atas katil wad kecemasan tu. Betulah orang kata mat2 motor yang berlanggar ni kebanyakkannya dibiarkan begitu sahaja, aku tak tahu kenapa. Dan perkara ini berlaku pada aku. Darah ku terus mengalir memenuhi katil wad kecemasan tu. Aku bertempik memanggil doktor.. dan selepas itu barulah ramai yang datang .. Aku pengsan.. Tersedar semula ketika tengah ambik x-ray.. Aku pengsan kembali. Kali ini aku sedar aku berada di atas katil dalam keadaan aku sesak nafas. Aku dapat lihat 2-3 orang doktor serta nurse sedang berusaha menyelamat dan menstabilkan aku. Entah berapa kali nk pengsan.. kerana aku payah bernafas. Aku ingat doktor pompuan tu.. cakap .. ‘dik jangan tido dan jangan pejam mata..lawan dik .. lawan.. ‘ entah berapa kali aku kene tampar ngan dia aku tak tahulah.. nak suruhnya aku sedar. Dan aku ‘pengsan’ lagi. Kali ini aku sedar.. aku dah stabil .. dan tenang . Doktor cakap aku takder nafas dekat 1 minit lebih….tadi. Ya Allah Ya tuhan ku, Kau sememangnya berkuasa ke atas hamba2…MU .
Ramai yang datang masa aku dah sedar tu .. termasuk Pensyarah2 aku yang menolong mengangkat aku tengah ari tu . Terima Semua. Pak sedara aku, Kekawanku… dan kenalan rapat datang melawat aku . Abah dan keluarga tiba dekat magrhib tak silap aku, serta ngan datuk ku di KL. Kesian aku tgk Ummi aku. tapi aku masih …buat2 lawak ngan diorang .. aku tahu .. hati diorang lagi susah .. apabila tengok aku dalam keadaan begini. Malam tu jgk kaki aku dibedah. Dah macam astro dah kaki ku ni. Tapi sebelah sahaja yang dibedah. Lubang besar bawah lutut aku ni.. masih dibiarkan .. dan kaki kiri aku.. yang terkehel ni.. masih dibiarkan . Aku tak tahu apa yang doktor hdk buat yang sebenarnya. Aku tinggal di Wad Kenanga HTAA selama 5 hari. Dan menambah lagi Kebesaran tuhan itu, apabila tepat jam 7 pagi akan kedengaran tempikkan sebelah kanan katil aku ni.. Seorang budak lelaki.. yang kakinya dilenyek .. dengan lori.. dan hanya tinggal tulang kakinya shj. Perh pedih.. aku tak dapat bayang kan. ‘mok .. potong kaki ni mok.. potonglah.. sakit sangat ….mok potonglah ‘ itulah .. ayat2 yang aku dgr tiap2 pagi ketika nurse sedang cuci luka mamat tu. Kesian mamat tu. Masuk hari ketiga.. kaki aku masih aku tak dapat gerakkan .. dan rasa ape2. Malam tu ada pesakit masuk wad dan duduk depan katil aku.. Lelaki Cina, sebab ada Gaigerin( Luka atau darah dah jadi busuk @racun) sebab dibiarkan lama sangat tanpa diubati. Dan lebih mengejutkan lagi .. lelaki cina tu.. meninggal pagi esoknya. Betul2 aku tgk dia meronta2 melawan sakit dia tu .. Na’uzubillah …Ajal Maut di Tangan Tuhan. Hari ke-5 doktor datang dekat aku.. dan menyatakan bahawa ..kaki aku perlu dipotong ..Terkejut besar aku ngan keluarga aku. Apa yang berlaku sebenarnya…. Tup2 time tu jgk diorang bawak aku g ultrasound untuk tengak …sama ada urat2 saraf aku masih elok lagi ke tak . Apa diorang nie.. dah masuk 5 hari baru nak periksa!!?? Petang itu jgk .. ketua Hospital datang jengok aku dan kater nak hantar aku ke KL untuk sambung semula urat aku yang putus bawah lutut aku ni. Ummi ngan Abah aku memang dah bengang gila.. diorang buat kerja main2 ini .
Dan itulah kali pertama aku naik van ambulans. Memang laju gile drebor dia bawak van tu. Ada nurse teman aku nama dia aisha.. baru masuk keje .. baru lepas kawin. Sebenarnya dalam tempoh 5 hari aku di HTAA tu .. aku berpuasa yang sebenarnya. Jadi aku memang dahaga sangat . Dan kak aisha bagi aku satu hirupan straw. Alhamdulilah . Tiba di HKL , aku terus dibawa masuk ke Unit Kecemasan dan doktor pakar datang merawat aku. Sebenarnya aku dah dapat bau yang kaki aku nie berbau busuk. Dan setelah diperiksa oleh doktor, sememangnya kaki aku kene potong. Sebab kalau tak potong darah kotor tadi boleh baik ke jantung dan ini boleh membunuh. Aku memang terkejut .. tapi aku masih tenang …entah tak tahu aku. Ummi aku suruh..aku mengangis sepuas – puasnya.. tapi aku tak dapat mengeluarkan air mata .. walaupun aku cuba tp tak terkeluar. Dan malam tu semua sanak saudara aku datang .. dan malam tu jgk aku boleh makan ngan minum… tapi muntah balik . hehehe. Kul 12 malam aku kene puasa semula. Keesokkan pagi, aku dah dibawa masuk ke bilik pembedahan. Masih terngiang – giang lagi .. ‘tulah ….berlumba lagi .. takde keje lain..” kate staff Nurse tu kat aku. Nak je aku bangun dan tampar makcik tu. Tapi apakan daya, badan aku lemah sangat. Takperlah biaralah dia ngan mulut celupar dia tu . Masuk dalam bilik bedah, doktor menasihatkan aku dan menanya aku .. ‘adik ., ..adik tahu tak apa yang akan kita buat nanti ni…’ tanya doktor kat aku. aku jawap .. ‘tahu’ . ‘Bersabarlah .. dik.. ye ..mengucap banyak2 ye’ pesan doktor tu lagi. Dan apabila aku sedar …kaki kanan ku telah tiada lagi.. Tak tahu aku nak terangkan perasaan aku masa itu.. dan kalau ditanya soalan sama sekarang niepun aku tak tahu nak jawap macamner..aku redha Ya Allah. 2 hari di situ, abah aku pindahkan aku ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang(APSH).
Di situ ….aku di rawat oleh Dr. Wahad Ghani.( sekarang nie antara teman baik aku) Setelah di teliti..dia marah kat doktor kerajaan .. kerana buat keje .. tak ‘kemas’ dan banyak lg yang tak dibuat. Sebenarnya kaki kiri aku nie.. sepatutnya dah lama kene bedah . sebab urat2 aku terpulas dan ligemen kaki aku ni putus. So aku puasa lagi.. dan keesokkannya… aku dibedah lagi. Setelah selesai .. first time dalam hidup aku, aku lihat daging lebih aku yang masih ada lagi bakteria berada dalam beg plastik di hujung kaki aku. Aku duduk di bilik 522 kalau tak silap aku. 6 bulan aku duduk di APSH tu . Banyak pengalaman serta kehidupan yang mendidik aku dalam tak sedar. Kesakitan pesakit2, Kecekalan nurse berusaha menolong pesakit, Kesungguhan pesakit untuk sembuh termasuk aku, kecekalan hati dan keyakinan diri .. begitu menebal dalam diri aku sepanjang aku duduk di APSH nie.Dalam tempoh 6 bulan aku di situ ..6 kali aku dibedah. Dan aku juga berlajar menggunakan kaki palsu. Ianya begitu mencabar aku . Sakit , melecet, kecewa dan kesengsaraan semuanya aku rasa semasa tempoh membiasakan diri aku ngan kaki palsu ni( sekarang ni pun masih lagi sakit kekadang). Em dah 8 thn masa berlalu dari peristiwa hitam dalam diari aku ini. Lama ..dah. Alhamdulilah aku masih kuat kerja dan aku banyak belajar dalam kehidupan ini. Besarnya KebesaranMU tuhan. Apa yang boleh aku katakan disini, apa yang berlaku semua kehendakNYA. Kecuian doktor mengesan luka di bawah lututku…hanyalah bersabit sahaja. Sememangnya dugaan ke atas ku yang tuhan mahu mengambil sebahagian diriku iaitu, kaki ku. Mungkin untuk pengajaran ke atas ku entah .. hanya ALLAH shj yang tahu. Semuanya ketentuan NYA. Aku redha. Aku beruntung kerana aku di duga olehNYA. Aku lebih mengenali diri dan mengenali kehidupan….insyallah. Apa2 yang menimpa kiter .. kita REDHA kerana ALLAH S.W.T. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya…Percayalah .. ![]()

it’s verry good baby…wa caya sama lu….
ohh….sad story