Assalamualaikum..
huh.. sungguh lama aku tak update blog aku ni. Lama sungguh rasanya. Em ape nak buat .. banyak lak kerja – kerja lain.
. Aku kini di Jabatan Bekalan Air Pahang bermula awal puasa iaitu bulan 8 tahun lepas. Ni yang pasal pertukaran jabatan baru setelah lama aku di SUK pahang.
Aku bertuah jugak.. sebab bertukar di jabatan yang baru berpindah ke bangunan baru di tepi highway.Serba serbi baru. Kawan2 pun baru. Ada juga yang kawan2 lama.. tapi kebanyakkannya semuanya orang baru . Tapi dimana sahaja kita diletakkan…insyallah kita hidupkan keadaan itu barulah iainya lebih ceria dan seronok untuk bekerja, tambahan plak kalau keadaan semasa sememangnya seronok..
7 tahun aku di SUK . Em terlalu banyak kenangan aku disana. Disanalah tempat aku mula2 melaporkan diri, mula bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan tempat menimba pengalaman sebagai Juruteknik Komputer. Maklumlah skim aku masa mula2 masuk aritu 2003 adalah baru, jadi banyaklah perkara – perkara yang perlu di perhatikan dan di tambahbaikkan . Unit Pengurusan Teknologi Maklumat atau kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat… Tempat yang akan menjadi satu kenangan indah bagi aku. Aku mempunyai rakan2 , teman2 dan banyak jugak mok2 ngan ibu2 (hehehehe) yang seronok bekerja. Aku suka akan keserasian dan keakraban sebagai satu unit. Huh.. susah untuk aku luahkan. Banyak yang aku pelajari dan banyak emosi disitu..
( tiada kata -kata,hanyalah senyuman yang aku mampu ..:-) )
Harapanku hanya… agar BTM kekal mesra dan ukhwah seperti dulu..Terima kasih Warga BTM … di atas pengalaman dan segala kebahagian dan kemesraan yang ku terima disepanjang aku di sana.. Terima Kasih.
Kini JBA .. menjadi tempat kerjaku yang baru. Aku berharap agar aku seronok dan ceria kerja di jabatan baru ni.. insyallah …Aku juga berharap, banyak kenangan dan inovasi bagi menaikkan JBA ini.. all d best for me..